Monday, 27 August 2012

jom jadi gadis anggun + indah di mata DIA !

Views


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

  السلام عليكم


  ISLAM ITU AGAMA YG MUDAH ! 
perempuan. gadis. wanita. permata dunia yang benilai lagi cantik di dunia. 
lagi cantik plus anggun if dia tu seorg muslimah.
Hakikatnya, memiliki kehidupan yang berteraskan syariat Islam itu terasa sangat indah.
 Terasa hidup seperti terpandu dan tiada sesat untuk menuju ke pengakhiran yang bakal tiba. 
tiada salahnya jika wanita itu mahu berselendang, bertudung syria, bertudung gaya ala2 Hana Tajima. tapi yang penting ia nya menutupi yg sepatutnya. itu semua kan aurat? labuhkan lah. tak dek salahnya .
aku pon paham, bukan semua nk transform pakai tudung besaq2 yg plain, warna se colour je tu. tp at least pakai lah yg di suruh ALLAH.  yg cantik. cute. menutup aurat. simple kan?
tak pe. slow2 take a step. berubah ke arah kebaikan kene la istiqamah. biaq lambat, asalkan berterusan. jangan pandang2 belakang sudah. proses transform nk jadi anggun dpn ALLAH ni kne bulatkan niat kerana DIA. kalau tak, ALLAH tak rugi. awak nu yg rugi. 
sebelum aku akhir kan kalam ni, mai nak sharing satu benda. harap kita sbg muslimah ANGGUN & OHSEM dapat ambil ibrah nye :)
Sedarilah bahawa perempuan dan muslimah itu adalah dua wanita yang berbeza dan tidak sama. Muslimah itu semestinya seorang perempuan namun seorang perempuan itu tidak semestinya seorang muslimah.

Seorang muslimah itu tidak semestinya dia memakai tudung labuh bulat, berpurdah dan memakai stoking. Seseorang itu akan menjadi seorang muslimah sejati apabila dia benar-benar menjaga dirinya - dari aspek tingkah laku, adab & akhlak, tidak menayangkan kecantikannya dengan sewenang-wenangnya, melakukan apa yang wajib dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Seorang muslimah itu boleh jadi sahaja seorang perempuan yang tudungnya bersaiz biasa yang menutup aurat namun kerana dia menjaga tingkah lakunya dan tidak melakukan perkara yang dicegah agama. Seorang muslimah juga akan memiliki rasa malu yang bertempat, yang bisa menjadikannya sebuah permata dan berharga dan mahal nilainya.

Dan apabila seorang wanita yang bertudung labuh itu melakukan apa yang dilarang agama, hilang rasa malunya untuk menayangkan kecantikan diri sewenang-wenangnya ; ia tidak lagi dipanggil muslimah namun dia hanyalah sekadar seorang perempuan biasa yang harganya tidaklah semahal si muslimah itu tadi.
p/s: jum pakat2 muhasabah diri. niat yg penting. btw, seronok sebenarnya hidup berlandaskan syariat ILAHI.

No comments:

Post a Comment