Thursday 20 September 2012

surat cinta untuk bintang !

Views
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
السلام عليكم

apa kabar hati? apa kabar iman? sihat ke? ohoi, aku tgh ketuk2 hati ni. plis la jawab ! jgn membisu k? 
  buat sang bintang, dengarkanlah cerita cik bulan nie. 
suatu hari aku berjalan-jalan di pinggir pantai. SUBHANALLAH ! indahnya ciptaan Tuhanku. angin sepoi2 bahasa, ombak yg kebiruan menghempas pantai. bagai ada suatu connection di situ. seperti hukum Behavioris pelaziman operan Thorndike-rangsangan berhubungan dgn gerak balas. ombak selalu memerlukan pantai. begitulah sebaliknya. itulah kita sebenarnya. kita sangat memerlukan Tuhan, tapi adakah DIA perlukan kita? T.T

"wahai umat manusia,kamulah yang sentiasa berhajat kepada ALLAH (dalam segala perkara), sedang ALLAH , Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. "

surah Al-Fatir: 15
isk.isk. ada debu pulak kt sebelah kiri mata. maaf. 
once kita diuji, baru timbul rasa pengharapan pada DIA . Selama ini, mana rasa yakin kau tu? haih. tolong ketuk2 lagi hati aku. tanya mana lagi boleh dibaiki. kdg2 rasa lost, something missing, down dan perlukan someone. AH ! Bijak inchik syaitan menjalankan jarum agenda nya memusnahkan umat manusia. tapi lagi bijak if manusia tu pegi bukak novel yg DIA bekalkan buat kita-AL QURAN :) 
senyum lagi. kesibukan membataskan kita melakukan kerja2 dakwah dan kebaikan. usah risau ! :) bnyk lagi cara kita nk menyampaikan amanat Ar Rasul pada sahabat2 , saudara2 kita. ucapkanlah perkataan yg baik, dan tunjukkan qudwah hasanah(perilaku) yg TER OHSEM kt sedara mara kita. yg penting jgn pandang slack kt org2 yg kita tak suka. berkemungkinan mereka tu lah yg akan bersama-sama kita mengejar sorga yg indah. Walawehhhh!!
bintang ! bintang ! mari kita kejar sorga idaman yg penuh dgn kenikmatan melebihi kenikmatan dunia. 
eh ! jap. kt dunia pon dah ada taman2 sorga. jangan kata kau tak tau? koff! koff!
la. yg tiap-tiap malam Ustaz Ahmed buat malam menyemai kasih bertautan mahabah sambil membuka kitab-kitab tebal tu, yg tu la taman-taman sorga dari ALLAH.
 jangan main-main. kat dunia pon ALLAH dah bagi. syukurlah. kejarlah selagi termampu. Muhasabah. muhasarawak. muhasabah balik. yeahh! jom bintang, jom kwan2. kita ikut penerbangan mereka ke taman sorga ALLAH? 
okay cik bintang. aku ada urusan ni. nanti sampai ketemu dalam lewat sujud tahajud kita.ku rindukan mereka. kurindukan dia. sampaikan salam dimana saja bakal inchik pasangan saya berada :)
 
 with love,
bulan

 

 

 


Wednesday 19 September 2012

kerana DIA, aku mengerti.

Views
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
السلام عليكم
tiba-tiba pelupuk mata aku terasa basah. Ah ! sudah. kenapa aku menangis ? entah. persoalannya aku rasa seperti half of my soul dah berlalu pergi. macam-macam benda aku fikir. waktu macam ni la, emosi selalu tak stabil. dulu aku tak pernah macam ni. alahai, ALLAH baru uji macam ni pon dah cepat melatah. dush ! dush ! tembak terus ke hati.
dan baru aku perasan. semua nya takkan jadi tanpa sebab. sebab utama ialah DIA nk kita kembali kat dia. agree ! aku tak tipu. terlampau bnyk perkara superb yg jd kt aku dr sekecil-kecil perkara hngga yg tak terjangkau dr minda. hanya kerana nikmat SYUKUR ! ALLAH ! ALLAH ! ampunkan aku T.T
 
ASTAGHFIRULLAHALAZIM :'(
ALHAMDULILLAH :)
 SUBHANALLAH ! 
 
jadikan hari ni lebih baik dr semalam ya ALLAH ! moga Kau mudahkan urusan aku. amin.

Wednesday 12 September 2012

mungkin ini yang TERBAIK !

Views
 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
السلام عليكم

FRUST? KECIWA? SEDIH?
OHOI ! dah 20 tahun da umur awak tu cik kak ! stay kool bebeh. 
alah,
ada hikmah tu setiap apa yang terjadi. ingatlah, ALLAH takkan pernah sesekali menganiaya hamba-hambaNYA ! hooyeah ! 
nah , ayat dr surat chenta ALLAH kpd kita ; (* kita -i mean semua org pernah laluinya kan?)
"janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman "
surah Ali-Imran :139  
see ! osem tak DIA ? siap pujuk kita lagi. jangan sedih2 sgt. eh ! aku tak sedih k.keciwa jak. lalala~
but never mind. mybe ALLAH dah aturkan jalan cerita dan pengakhiran yg istimewa buat aku. 
ter feeeling plak. dah macam mood bercinta . koff! koff! SILA BATUK JAUH2 !. 
 
ok, jangan silap paham. nanti ada cakap aku frust bercinta plak. kemon lah ! tak de nya. bnyk lg bnde penting aku nk pikir. inchik assngmnt duk panggil date tetiap malam je. nasib ada sister2 chumel yg mengingatkan aku setiap masa tentang tugas aku kt muka bumi ni. hooyeahh!
pfft! saya harus bergegas ke medan ilmu skrg. 

salam alaik, 
  

Saturday 8 September 2012

ALLAH knows !

Views

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
السلام عليكم
whoever i love, only GOD knows !
 seems saya rasa saya masih muda belia dan masih belum layak menjadi zaujah (isteri) sesiapa, maka dgn itu, hentikanlah kata2 yang berbaur fitnah yg saya ini milik sesiapa. 
saya insan biasa.  masih merangkak, berguling, berjalan dalam gelap untuk mengintai peluang mencari ilmu. mempersiapkan diri bertemu Kekasih teragung :)
STOP ! the time will come if ALLAH izinkan . 
insyaALLAH.
"ALLAH tak bagi apa yang kita mahu, tapi ALLAH bagi apa yang kita perlu "
and aku rasa, buat waktu ni, priority aku lebih kepada memburu waktu, komitmen kpd ilmu, tarbiyah, menyampaikan dan sebagainya. 
kelak pasangan kamek, ALLAH tentukan. tapi bukan skrg. dan dimana pon bakal encik suami saya, semoga anda pon mengejar komitmen akhirat dan dunia seimbang ya!
wassalam.

Saturday 1 September 2012

usahlah mengeluh wahai diri .

Views

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

  السلام عليكم

credit to encik google .
Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia --->(surah Yasin:82)
 kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu"--->(Surah An-naba:9)

Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"

Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya"--->(surah Al-baqarah:286)

Kita mengeluh : "saya sangat stress"

Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"-->(Surah Ar-Ra'du:28)

Kita mengeluh : "tak ada guna nya"

Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya"-->(Surah Al-zazalah:7)
 

p/s: ambil lah ibrah nya.